Wednesday, March 10, 2010

Kenapa Paranoid Dengan Perpaduan Umat Islam?


Saya dah jangka kedatangan Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS di majlis pelancaran buku Natrah diberikan gambaran buruk oleh pihak-pihak tertentu. Mereka akan sentiasa menulis apa sahaja perkara-perkara yang boleh dijadikan kontroversi demi untuk menaikkan hits blog dan seterusnya menjadi blogger yang terkenal.
Maka, tidak hairanlah bila sudah terkenal dengan penulisan-penulisan yang picisan, maka wujudlah dalam dirinya untuk melabel sesiapa sahaja termasuk ulama' sebagai kepala lutut dan bodoh.
Lebih mengaibkan, mereka sendiri percaya dan menjadikan dalil daripada sumber yang dikeji oleh mereka iaitu Utusan Malaysia. Tercapailah impian UM apabila puak-puak yang benci akhbar tu mengambilnya sebagai dalil yang kuat.
Persoalannya, kenapa sangat paranoid bila bercakap soal hidup Melayu dan Islam?
Ustaz Nasharudin tidak langsung menyebut mengenai perpaduan PAS dan UMNO. Beliau merujuk kepada hikmah yang diperolehi daripada peristiwa Natrah iaitu bagaimana Hizbul Muslimin dan Dr Burhanuddin Al-Helmy boleh bekerjasama dalam saat-saat genting untuk bersama dengan parti kerajaan.
Adakah mereka takut kerusi-kerusi yang ada akan hilang dalam PRU 13 nanti?
Atau mereka diupah sebagai cybertroopers PAS reform?
Sama-samalah kita menyiasatnya.

No comments:

Post a Comment